Sejarah PAS Sarawak

PAS yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1951 adalah bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat dan pemerintahan yang di dalamnya terlaksana hukum-hakam Islam. Di samping itu, PAS juga bertanggungjawab untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara. PAS bergerak sebagai sebuah jemaah yang bermatlamat menegakkan sistem hidup Islam yang lengkap (komprehensif). Lengkap di sini termasuklah dari segi keahlian (mengandungi pelbagai golongan masyarakat seperti ulama', intelek, professional, buruh, petani, nelayan) di samping juzuk-juzuk kehidupan yang menyeluruh yang mengandungi siasah (politik), ekonomi, syariat (perundangan), ketenteraan, dakwah dan tarbiyyah (pendidikan). Ini selaras dengan firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam itu sepeenuhnya dan jangan kamu ikut langkah-langkah syaitan." (Al Baqarah 2:208). Dengan tertegaknya Negara Islam, maka komponen-komponen diatas akan dapat dijalankan. Kekuasaan boleh dikembalikan kepada orang-orang mukmin yang bertaqwa yang boleh mengembalikamn semula kegemilangan sistem Khalifah yang hilang.

Untuk merealisasikan misi PAS sebagai sebuah badan Islam yang syumul serta mewakili segenap lapisan masyarakat, PAS telas bertapak di muka Bumi Kenyalang dengan rasminya pada 26 Mei 1996. Badan Perhubungan PAS Neger Sarawak telah dirasmikan di Hotel Impiana, Kuching Sarawak oleh Us Abu Bakar Chik, yang pada masa itu menjawat jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Tertubuhnya PAS Sareawak merupakan bukti komitmen PAS untuk membawa keadilan yang berlandaskan AL-Qur'an kepada masyarakat di Malaysia tidak kira di amana pun mereka berada.

Sebenarnya sebelum penubuhan secara rasmi ini pun, anak-anak tempatan yang telahpun menjadi ahli sudah menjalankan aktiviti-aktiviti tidak formal untuk masyarakat setempat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini selaras dengan peruntukan yang termaktub dialam Perlembagaan PAS yang meletakkan tanggungjawab untuk berdakwah ke atas bahu setiap ahli dalam usaha untuk menjayakan aspirasi PAS untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia.

Pernyataan pimpinan PAS Pusat pada muktamar Tahunan PAS kali ke 41 pada tahun 1993 merupakan titik tolak kepada usaha-usaha gigih yang telah dijalankan oleh anak-anak temapatan serta ahli PAS yang berada di Sarawak untuk menubuhkan sebuah Badan Perhubungan. Mereka telah menagmbil inisiatif untuk menyahut cabaran yang diberikan tanpa menjadikan kesusahan dan tribulasi yang bakal ditempuhi sebagai suatu alasan untuk membantutkan cita-cita murni tersebut.

Selaras dengan kehendak-kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 serta undang-undang Pendaftar Pertubuhan, Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak telah didaftarkan oleh PAS Pusat di Kuala Lumpur pada Mei 1996. Nombor rujukan pendaftar Pertubuhan ialah PPM/SK.26/52-4916(2).

Penutup

Saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak serta ahli-ahlinya sentiasa berusaha untuk menjalankan usaha-usaha murni seperti yang termaktub dalam Perlembangaan PAS untuk menegakkan Islam.